Text
Bidong
Novel ini mengisahkan dua kumpulan pelarian Vietnam di dalam dua buah bot yang berasingan. Kesukaran dalam pelayaran di Laut China Selatan, dalam hujan ribut dan gelap malam amat mencemaskan. Bot pertama mendarat dengan tepat di Pulau Bidong. Bot kedua tidak bernasib baik kerana telah tersesat dan mendarat di sebuah pulau yang tidak diketahui namanya. Dalam kesukaran mendapatkan makanan, air dan tempat tinggal, anak juragan Trong deman panas lalu mati. Isterinya menjadi tidak siuman kerana dukacita. Kemudian ada tiga lagi kejadian yang meragut nyawa. Makanan sudah habis dan mereka terpaksa makan biawak, ular dan monyet yang mereka tembak sendiri. Penyakit mula merebak. Mereka hidup dalam penderitaan dan kegelapan. Ini hanya sebahagian getir pelarian Vietnam di Pulau Bidong yang perlu anda ketahui selanjutnya. (less)
Tidak ada salinan data
Tidak tersedia versi lain